Tuesday, June 30, 2009

HALATUJU PROFESION SAINTIS FORENSIK

Sejak tamat pengajian diperingkat diploma (MLT) saya terus melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah dalam bidang sains forensik. Saya merupakan batch kedua-maksudnya masih lagi ada banyak peluang berkhidmat dalam sektor kerajaan terutamaya, Jabatan Kimia, Kementerian Kesihatan, PDRM, Bomba dan sebagainya.

Kini sudah hampir sembilan tahun program ijazah sains forensik ditubuhkan di negara di salah sebuah Universiti terkemuka di negara kita Malaysia.

Bagi rakan-rakan yang berkhidmat di Jabatan Kimia-bidang kerja boleh dikatakan dapat di praktiskan namun bagi yang berkhidmat di Hospital Kerajaan-fokus kerja masih samar-samar. Ada dikalangan 'senoir' yang sudah keluar untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat master dan pHD untuk berkhidmat di Unversiti.

Seperti yang saya pernah utarakan suatu ketika dalam meeting bersama pegawai sains forensik yang lain-lain, kita kena menggunakan khidmat orang kenamaan untuk menaikan profesion bukan mengambil kesempatan cuma supaya hasrat murni kita dalam membantu siasatan forensik dapat didengar dan diberi perhatian bukan sahaja diperingkat jabatan dan kementerian malah kalau boleh ke Parlimen Negara.

Pewujudan AKTA saintis forensik dalam CPC criminal court adalah suatu platform-ini mungkin terlalu 'ambitious' namun apa salah kita berfikir ke hadapan.

Kadang-kala kita sudah letih membicarakan perkara ini namun kalau tidak kita sendiri siapa lagi? ada antara kita dahulunya lantang memperjuangkan nasib saintis forensik namun kini sudah senyap...apa sudah terjadi?

Mohon permisi.