Thursday, May 28, 2009

SELAMAT HARI GAWAI DAYAK 2009

Selamat menyambut hari Gawai Dayak. Sehingga ke hari ini, kita masyarakat dayak masih menyambut dayak dengan rasa damai dan sukacita. Selamat Tahun Baru Dayak. Sekian

Tuesday, May 19, 2009

IJAZAH SARJANA MUDA SAINS FORENSIK

Saya telah mengikuti Pengajian Program Ijazah Sarjana Muda Sains Forensik, Universiti Sains Malaysia, Kampus Kesihatan, Kelantan pada tahun Jun 2001. Sebelum itu saya adalah graduan Diploma Teknologi Makmal Perubatan di Universiti Sains Malaysia. Saya adalah yang pertama dari masyarakat Dayak-Iban yang telah menamatkan pengajian dalam bidang ini dalam tahun 2005 dan seterusnya berkhidmat di Kementerian Kesihatan Malaysia di bawah Unit Perubatan Forensik.

Program Ijazah Sains Forensik di Universiti Sains Malaysia Kampus Kesihatan Kelantan.

Pusat Pengajian Sains Kesihatan ditubuhkan secara rasmi oleh USM pada 1 hb November 1999 dan Ijazah Sarjana Muda Sains Forensik adalah satu program pengajian di bawah Pusat Pengajian ini.
Program ini merupakan satu-satunya program seperti ini yang ditawarkan di Malaysia dan mendapat sambutan yang tinggi. Pelajar-pelajar akan didedahkan kepada teknologi dan pengetahuan terkini dalam bidang Sains Forensik yang telah digubal secara teliti setelah mengambilkira program yang serupa daripada Universiti terkemuka di Amerika Syarikat, Eropah dan Australia. Tenaga pengajar di PPSK di bantu oleh pengajar pusat pengajian lain USM serta kakitangan Jabatan Kimia Malaysia, Jabatan Bomba dan Polis Di Raja Malaysia supaya program yang ditawarkan dapat dijalankan dengan licin dan cemerlang. Penawaran program ini akan dapat menampung keperluan pakar Sains Forensik yang diperlukan di negara kita. Untuk pengijazahan, pelajar perlu melengkapkan 145 unit kredit seperti yang diterangkan di bawah seksyen Struktur Kurikulum.
SYARAT KEMASUKAN
1. Sijil Matrikulasi dengan sekurang-kurangnya 2 mata pelajaran sama ada Biologi, Fizik, Kimia, Matematik ATAU
2. STPM aliran sains ATAU
3. Diploma yang sesuai dengan program pengajian
Pemilihan pelajar dan syarat-syarat kemasukan juga boleh dirujuk melalui Unit Pusat Universiti (UPU)

Wednesday, May 13, 2009

BENGKEL MOTIVASI KECEMERLANGAN PENDIDIKAN 2009

Motivasi Kecemerlangan Pendidikan anjuran Muda-muda St. Paul's Siol Kandis. Merupakan aktiviti Tahunan. Tahun 2009 merupakan kali ketiga bengkel seperti ini dianjurkan.

Tarikh: 16 Mei 2009
Tempat: St. Paul's Siol Kandis
Masa: 8.00am-5.00pm
Penceramah: Prof Madya Dr. Awi Idi (UNIMAS) dan Mr. Eli Lawai (SDNU)