Tuesday, December 17, 2013

TAHUN 2014 adalah tahun yang sukar

Tahun 2014 adalah dijangka tahun yang sukar bagi rakyat berikutan peningkatan taraf hidup dan kos kehidupan yang tinggi. Suasana ini sekaligus mencetuskan tekanan hidup yang tinggi. Dari sudut jenayah, sekitar tahun 2013 kita sangat terkesan dengan sejumlah besar kes pembunuhan menggunakan senjata api yang berlaku. Tidak hairan sekiranya, keadaan ekonomi pada tahun 2014 akan turut menjadi salah satu faktor penyumbang kepada peningkatan kes-kes jenayah berat, jenayah kekerasan, ragut, jenayah komersial dan yang seumpamannya dengannya. Bagi kes jenayah yang terancang belum terjadi secara serius di negara kita, kalaupun ada pihak berkuasa masih mampu mengesan aktiviti mereka. Apapun kita masih berpegang harap kepada keupayaan pihak berkuasa untuk bertindak lebih pro aktif, efektif dan berupaya siap siaga setiap masa dalam menghadapi jenayah-jenayah yang bakal berlaku. Saya menjangkankan tahun 2014, adalah tahun yang sukar!