Wednesday, April 7, 2010

SARANAN: BUKU Pengenalan Sains Forensik



Pengenalan Sains Forensik
Pengarang: Umi Kalthom Ahmad, Abdul Rahim Yacob

* 2003
* ISBN 983-52-0322-9
* 200 muka surat
* RM 40.00
* Bidang Sains



Pengenalan Sains Forensik ditulis dengan tujuan untuk menarik minat pelajar terhadap bidang ini. Usaha pendokumenan ini selari dengan hasrat setiap pendidik sains forensik yang ingin melihat ilmu sains ini lebih mudah difahami dan dihargai oleh generasi masa kini.

Sebahagian besar teks yang diketengahkan dalam buku ini menumpukan perbincangan kepada item bukti fizikal yang sering dijumpai di tempat kejadian jenayah. Setiap bab turut memasukkan teknik terkini analisis forensik, prosedur dan amalan pengumpulan serta penyimpanan bahan bukti. Implikasi profilan DNA dianggap penting dalam sains forensik, justeru kepentingannya dimasukkan sebagai salah satu bab dalam buku ini. Subjek DNA ditulis dengan cara yang mudah difahami oleh pembaca tanpa memerlukan latar belakang sains.

Walaupun Pengenalan Sains Forensik terbit daripada kursus elektif Sains Forensik yang ditawarkan di Universiti Teknologi Malaysia, bahan subjek buku ini tidak terhad kepada pelajar universiti sahaja. Penyiasat tempat kejadian seperti pegawai polis, pegawai perubatan, ahli bomba, dan ahli kimia juga perlu memiliki pengetahuan berkenaan kaedah dan keupayaan sesebuah makmal forensik. Hanya dengan menggabungkan ilmu pengetahuan tentang prinsip dan kaedah analisis sains forensik dengan logik dan akal budi, penyiasat akan mendapat kefahaman yang lebih mendalam daripada aspek kepentingan bukti fizikal dan peranannya dalam siasatan jenayah. Sememangnya, sains forensik bermula di tempat kejadian jenayah. Jika penyiasat tidak dapat mengenal, mengutip dan membungkus bukti fizikal dengan betul, instrumen atau kepakaran yang sehebat manapun tidak dapat membantu menyelesaikan sesuatu kes jenayah.

Di bahagian akhir kebanyakan bab, beberapa contoh kes dipersembahkan bagi menggambarkan aplikasi sains forensik dan betapa relevannya pengetahuan ini kepada dunia sebenar siasatan jenayah.

Friday, February 5, 2010

FLY FOR JUSTICE

What to do at Crime Scene? FOR ENTOMOLOGY CASES

-Visual observation of scene
-Note the climatic or
meteorological conditions
-Collection of specimen from corpse
before its removal
-Collection of specimens
under and near to corpse
after its removal




Analysis.
-Stay(non motile) larvae, (1st Instar)
-White color larvae, (2nd Instar)
-Yellowish colour (motile) larvae (3rd Instar)
-Darker color-Highly motile (4th Instar to Pupa)* ready to fly.

Forensic in action

Wednesday, August 19, 2009

Friday, July 3, 2009

DEFINITION: FORENSIC SCIENCE OFFICER

A Forensic Science Officer is a recognized scientist with minimum qualification of a Degree in science, who possesses qualified scientific skills and capable to apply the relevant scientific principles in performing analysis, routine instrument maintenance and reviewing of results in Forensic Science and/or Forensic Medicine Laboratory of Ministry of Health as requested by law enforcement agencies.

Tuesday, June 30, 2009

HALATUJU PROFESION SAINTIS FORENSIK

Sejak tamat pengajian diperingkat diploma (MLT) saya terus melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah dalam bidang sains forensik. Saya merupakan batch kedua-maksudnya masih lagi ada banyak peluang berkhidmat dalam sektor kerajaan terutamaya, Jabatan Kimia, Kementerian Kesihatan, PDRM, Bomba dan sebagainya.

Kini sudah hampir sembilan tahun program ijazah sains forensik ditubuhkan di negara di salah sebuah Universiti terkemuka di negara kita Malaysia.

Bagi rakan-rakan yang berkhidmat di Jabatan Kimia-bidang kerja boleh dikatakan dapat di praktiskan namun bagi yang berkhidmat di Hospital Kerajaan-fokus kerja masih samar-samar. Ada dikalangan 'senoir' yang sudah keluar untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat master dan pHD untuk berkhidmat di Unversiti.

Seperti yang saya pernah utarakan suatu ketika dalam meeting bersama pegawai sains forensik yang lain-lain, kita kena menggunakan khidmat orang kenamaan untuk menaikan profesion bukan mengambil kesempatan cuma supaya hasrat murni kita dalam membantu siasatan forensik dapat didengar dan diberi perhatian bukan sahaja diperingkat jabatan dan kementerian malah kalau boleh ke Parlimen Negara.

Pewujudan AKTA saintis forensik dalam CPC criminal court adalah suatu platform-ini mungkin terlalu 'ambitious' namun apa salah kita berfikir ke hadapan.

Kadang-kala kita sudah letih membicarakan perkara ini namun kalau tidak kita sendiri siapa lagi? ada antara kita dahulunya lantang memperjuangkan nasib saintis forensik namun kini sudah senyap...apa sudah terjadi?

Mohon permisi.

Thursday, May 28, 2009

SELAMAT HARI GAWAI DAYAK 2009

Selamat menyambut hari Gawai Dayak. Sehingga ke hari ini, kita masyarakat dayak masih menyambut dayak dengan rasa damai dan sukacita. Selamat Tahun Baru Dayak. Sekian

Tuesday, May 19, 2009

IJAZAH SARJANA MUDA SAINS FORENSIK

Saya telah mengikuti Pengajian Program Ijazah Sarjana Muda Sains Forensik, Universiti Sains Malaysia, Kampus Kesihatan, Kelantan pada tahun Jun 2001. Sebelum itu saya adalah graduan Diploma Teknologi Makmal Perubatan di Universiti Sains Malaysia. Saya adalah yang pertama dari masyarakat Dayak-Iban yang telah menamatkan pengajian dalam bidang ini dalam tahun 2005 dan seterusnya berkhidmat di Kementerian Kesihatan Malaysia di bawah Unit Perubatan Forensik.

Program Ijazah Sains Forensik di Universiti Sains Malaysia Kampus Kesihatan Kelantan.

Pusat Pengajian Sains Kesihatan ditubuhkan secara rasmi oleh USM pada 1 hb November 1999 dan Ijazah Sarjana Muda Sains Forensik adalah satu program pengajian di bawah Pusat Pengajian ini.
Program ini merupakan satu-satunya program seperti ini yang ditawarkan di Malaysia dan mendapat sambutan yang tinggi. Pelajar-pelajar akan didedahkan kepada teknologi dan pengetahuan terkini dalam bidang Sains Forensik yang telah digubal secara teliti setelah mengambilkira program yang serupa daripada Universiti terkemuka di Amerika Syarikat, Eropah dan Australia. Tenaga pengajar di PPSK di bantu oleh pengajar pusat pengajian lain USM serta kakitangan Jabatan Kimia Malaysia, Jabatan Bomba dan Polis Di Raja Malaysia supaya program yang ditawarkan dapat dijalankan dengan licin dan cemerlang. Penawaran program ini akan dapat menampung keperluan pakar Sains Forensik yang diperlukan di negara kita. Untuk pengijazahan, pelajar perlu melengkapkan 145 unit kredit seperti yang diterangkan di bawah seksyen Struktur Kurikulum.
SYARAT KEMASUKAN
1. Sijil Matrikulasi dengan sekurang-kurangnya 2 mata pelajaran sama ada Biologi, Fizik, Kimia, Matematik ATAU
2. STPM aliran sains ATAU
3. Diploma yang sesuai dengan program pengajian
Pemilihan pelajar dan syarat-syarat kemasukan juga boleh dirujuk melalui Unit Pusat Universiti (UPU)