Tuesday, May 25, 2010

DNA

Tugas para saintis forensik adalah untuk mencari persamaan antara profil DNA yang dijumpai di tempat kejadian dengan profil DNA dari sumber yang diketahui. Persamaan antara dua profil DNA tersebut semata-mata, tidak boleh membuktikan seseorang itu bersalah atau tidak keatas jenayah tersebut. Walaubagaimanapun, ianya boleh digunakan bersama-sama bukti-bukti yang lain . Selain itu, tulang dan rambut dari mayat yang reput masih mengandungi DNA dan boleh digunakan untuk analisis DNA.
Bolehkan ujian DNA mengenalpasti jantina seseorang? Boleh. Berapa lama masa yang diperlukan untuk ujian paterniti DNA? 1 hingga 2 minggu. Bolehkah ujian paterniti dijalankan keatas bayi yang belum lahir? Boleh. Tetapi prosedur pengambilan sampel ini adalah berisiko kepada ibu dan bayi. Siapakah yang yang dibenarkan untuk mengambil sampel darah untuk analisis DNA? Pegawai perubatan di hospital kerajaan dan hospital swasta.
Bagaimanakah caranya sampel darah disimpan untuk tujuan analisis DNA? Tidak perlu diawet sekiranya sampel darah diserah dalam masa 24 jam.Tetapi jika sebaliknya (diserah selepas 24jam) sampel mesti disejukbekukan sehingga masa penyerahan. Sampel swab mulut boleh digunakan untuk ujian paterniti DNA. Swab mulut diperolehi dengan menyapu dengan kuat putik kapas yang bersih keatas permukaan dalam pipi. Penghantaran-Sampel boleh dihantar dengan menghantar sendiri ke Kimia Malaysia atau melalui syarikat penghantar( ‘courier’).

Sumber dari Jabatan Kimia Malaysia. www.kimia.gov.my

No comments: